PETALING JAYA – Sebuah keluarga berdepan kerugian besar apabila kediaman mereka di Flat Ken Rimba, Shah Alam, didakwa dirompak sehingga hampir keseluruhan barangan termasuk barang kemas dan wang simpanan dilarikan ketika mereka tiada di rumah.

Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @khanyasmin_henna, yang meluahkan rasa sedih apabila adik dan adik iparnya terpaksa berdepan ujian berkenaan.

Lebih menyedihkan, individu terbabit didakwa turut melarikan pelbagai kelengkapan rumah seperti televisyen, kabinet, dapur, tong gas, tilam, meja, kerusi dan rak.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman pernah menjadi mangsa kejadian sama di kawasan berkenaan selain mengingatkan penduduk supaya lebih berhati-hati.