Kuala Lumpur: Terbuka Hong Kong minggu depan menjadi peluang terakhir buat pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao membuktikan kemampuan dirinya untuk terus bersaing di pentas tertinggi sebelum prestasinya dinilai bagi menentukan perancangan musim 2027.
Pengarah kejurulatihan perseorangan kebangsaan, Kenneth Jonassen berkata, pihaknya akan menilai prestasi pemain ranking ke-32 dunia itu secara menyeluruh selepas kejohanan berkenaan, termasuk keputusan, sikap serta kesediaannya untuk terus belajar dan membantu pemain lebih muda.
Jun Hao menarik diri daripada Masters Kumamoto di Jepun bagi mempunyai lebih masa untuk membuat persiapan menghadapi Terbuka Hong Kong dari 17 hingga 22 November.









