LOS ANGELES: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) pada Isnin mengarahkan pengeluar semua ubat agonis reseptor 'glucagon-like peptide-1' (GLP-1) mengemas kini label keselamatan produk masing-masing, lapor Xinhua.
Kemas kini itu perlu merangkumi maklumat mengenai potensi peningkatan risiko penyakit mata yang jarang berlaku tetapi serius, yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan kekal.
Menerusi notis keselamatan ubat yang dikeluarkan pada Isnin, FDA memaklumkan pesakit dan petugas kesihatan mengenai potensi peningkatan risiko "non-arteritic anterior ischaemic opticneuropathy" (NAION) yang dikaitkan dengan penggunaan ubat agonis reseptor GLP-1.
Menurut FDA, NAION ialah penyakit jarang berlaku yang boleh menyebabkan kehilangan atau kemerosotan penglihatan secara tiba-tiba tanpa rasa sakit pada sebelah mata, dan berpotensi mengakibatkan gangguan penglihatan kekal.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F11%2F19c0141944dc2cff4dbe6a8306988278.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


