PETALING JAYA: Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi menitipkan pesanan agar setiap individu tidak terburu-buru membuat keputusan, terutama ketika berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.

Menurut Fauziah, setiap individu perlu belajar mengendalikan emosi dengan baik agar mampu berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Ketenangan adalah kunci dalam menghadapi apa jua keadaan. Jangan terburu-buru membuat keputusan ketika emosi menguasai diri.

“Belajarlah untuk sentiasa bertenang, berfikir dengan rasional dan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut,” katanya menerusi hantaran di Threads.