Kuala Terengganu: Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 anjuran bersama Harian Metro dilihat mampu menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat baharu sepak takraw negara khususnya dalam kalangan pemain muda.

Bekas perejam kebangsaan, Mohd Futra Abd Ghani berkata, penganjuran kejohanan itu satu inisiatif baik dalam membuka peluang kepada lebih ramai pemain untuk menyerlah.

Menurutnya, kejohanan bawah 16 tahun itu turut menyediakan ruang kepada pemain muda mendapatkan lebih banyak minit permainan.

"Kejohanan ini adalah satu pertandingan yang cukup baik kerana ia membuka ruang kepada satu takungan atau pool pemain yang baharu," katanya.