Kuala Lumpur: "Saya secara keseluruhan sangat gembira dan berpuas hati sebab saya mahu Dida (Fazley) dan Mama Vida (Datuk Seri Vida) bahagia, malah paling penting, saya bersama Cik B pun terima (hubungan ini)."
Begitu kata anak sulung kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob iaitu Ahmad Fariedz Shah berhubung lamaran bapanya ke atas usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV), malam tadi.
Ahmad Fariedz atau dikenali sebagai Payish, 17, berkata dia sudah mengetahui perancangan bapanya untuk membuat lamaran berkenaan sebelum ia dilaksanakan.
"Saya dah tahu sekitar tiga minggu lalu pada peringkat awal perkara itu dirancang. Dida ada bagi tahu saya, dia terfikir nak melamar Mama Vida dan ada tanya pendapat saya.








