Kuala Lumpur: Wakil calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, J Samivel Jairas maut dalam nahas jalan raya di Melaka, tengah hari tadi.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook, hari ini.

Anwar berkata, beliau menerima khabar duka dari Melaka berhubung pemergian Samivel yang disifatkannya sebagai individu yang sudah lama berkhidmat dan setia dengan perjuangan PKR.

"Saya menerima khabar duka dari Melaka. Samivel, wakil calon PH bagi DUN Asahan terkorban dalam nahas jalan raya tengah hari tadi.