Kuala Terengganu: Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti GERAKAN akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, minggu depan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, lantikan itu bagi membolehkan wakil GERAKAN mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan bajet kerajaan negeri.
Katanya, ADUN lantikan itu tidak akan memegang sebarang portfolio khusus, sebaliknya akan berperanan sebagai wakil kepada suara masyarakat bukan Melayu di Terengganu.
Katanya, kerajaan sentiasa terbuka melakukan penambahbaikan dengan melantik wakil dari kaum lain termasuk kaum India, sekiranya jumlah kelompok itu signifikan dan munasabah jumlahnya.









