Kota Bharu: Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor yang digugurkan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa Isnin lalu, memilih untuk mempertahankan partinya walaupun diberi beberapa pilihan oleh kerajaan negeri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas turut mengakui berlaku perbincangan antara beliau dan kerajaan negeri, selain diberikan dengan beberapa tawaran.

Beliau bagaimanapun enggan memperincikan tawaran berkenaan bagi menjaga hubungan kedua-dua pihak.

"Apa yang saya boleh katakan memang terdapat tawaran diberikan. Apa tawaran berkenaan, saya merasakan tidak perlu dimaklumkan.