London: Naib Ketua Pegawai Eksekutif MotoGP, Carlos Ezpeleta menegaskan keputusan meneruskan Grand Prix (GP) Qatar adalah tepat walaupun beberapa pelumba menyuarakan kebimbangan untuk ke rantau Teluk susulan konflik perang dengan Iran, namun mengakui penarikan diri Yamaha mengejutkan pihaknya.
Ezpeleta berkata, keputusan MotoGP dibuat berdasarkan maklumat rasmi daripada kerajaan Qatar serta kedutaan negara yang mempunyai kehadiran besar dalam paddock.
Perlumbaan itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada April sebelum ditunda ke 6 hingga 8 November susulan konflik berkenaan. Ezpeleta berkata, MotoGP bersedia membatalkan atau menunda sekali lagi acara itu sekiranya keadaan keselamatan bertambah buruk.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-06112026-18_825110.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
