Kuala Lumpur: Cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dimaklumkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri.
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen Mengenai Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam kenyataan berkata, pihaknya dalam mesyuarat hari ini, mendengar pembentangan dan maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung cadangan pindaan itu.
Menurutnya, ia selepas meneliti perkara yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-270.
Katanya, JKPK sudah meneliti cadangan pindaan yang dikemukakan oleh AGC, khususnya bagi memastikan perkara yang dibangkitkan oleh Majlis Raja-Raja diberikan pertimbangan sewajarnya.









