KUALA LUMPUR: Kestabilan politik negara tidak seharusnya dikorbankan hanya kerana percaturan kuasa dan kedudukan, terutama ketika kerajaan masih berfungsi serta mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata cadangan supaya Parlimen dibubarkan ketika kerajaan masih berfungsi dan mempunyai sokongan majoriti bukan sesuatu yang perlu dibangkitkan dengan mudah terutama jika persoalan asalnya hanya mengenai rombakan Kabinet.

Katanya, rombakan Kabinet adalah sebahagian daripada proses memperkukuh pentadbiran dan ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk membuka semula episod ketidaktentuan politik yang pernah dilalui sebelum ini.

"Perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin boleh dibincangkan. Tetapi jangan sampai percaturan politik mengganggu kestabilan yang sedang kita bina.