KUCHING: Pengembangan mampan ekonomi Malaysia yang dicerminkan menerusi pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada separuh pertama 2026, memperlihatkan kejayaan pembaharuan ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man, berkata pencapaian itu mencerminkan usaha berterusan Kerajaan MADANI serta keyakinan pelabur yang semakin meningkat terhadap Malaysia.
"Seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembaharuan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak empat tahun lalu telah membantu mengukuhkan ekonomi Malaysia.
"Negara kita mempunyai potensi untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.









