KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan menyifatkan keputusan Anthony Loke untuk melepaskan jawatan Menteri Pengangkutan sebagai satu kehilangan besar buat kerajaan.

"Saya sedih... dia sahabat baik saya, dia rakan Kabinet saya... saya akan rindu beliau tetapi ini adalah keputusan dan pendirian beliau...

"Beliau seorang yang sangat berprinsip dan kita kena terimalah... ini satu kehilangan besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Anugerah Media PERKESO iLINDUNGu 2026 di sini.

Semalam, Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah.