KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI meningkatkan peruntukan bagi kontraktor Bumiputera kelas G1 hingga G4 kepada RM7.5 bilion dalam Belanjawan 2027 berbanding RM4 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peningkatan peruntukan itu bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada kontraktor kecil membina keupayaan, mengembangkan perniagaan dan melaksanakan projek yang diperlukan rakyat.

Beliau berkata perkara itu dibincangkan dalam sesi libat urus bersama dengan wakil persatuan kontraktor Bumiputera yang memberi tumpuan kepada usaha memastikan inisiatif Belanjawan 2027 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin khususnya oleh kontraktor kecil.

"Saya mahu peluang ini dimanfaatkan untuk melahirkan lebih ramai kontraktor Bumiputera yang berdaya saing dan berintegriti.