GOMBAK: Lelaki dipercayai warga asing yang menetak pergelangan tangan kanan seorang anggota polis hingga putus di sebuah pangsapuri di Desa Amanpuri, Kepong petang tadi, maut ditembak.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata suspek ditembak selepas sekali lagi menyerang polis menggunakan sebilah parang ketika dikesan berhampiran sebuah taman permainan, tidak jauh dari pangsapuri berkenaan, antara jam 7.30 hingga 8 malam.
"Dalam usaha mempertahankan diri dan membuat tahanan, pihak polis telah melepaskan beberapa das tembakan ke atas suspek.
"Namun tembakan hanya mencederakan suspek dan apabila melihat keadaan tersebut, polis berusaha membawa suspek untuk buat rawatan di hospital," katanya pada sidang media di Hospital Selayang, sebentar tadi.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F02%2Faf56078cd5b2e00fe6585b30763d4aa6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

