KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kejadian seorang anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan selepas diserang lelaki warga asing di Kepong, semalam.
Anwar berkata, sebarang bentuk jenayah dan keganasan terutama terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat tidak boleh diterima sama sekali.
“Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguat kuasa yang bertugas.
“Saya mendoakan agar anggota berkenaan segera diberi kesembuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, di sini hari ini.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F02%2Faf56078cd5b2e00fe6585b30763d4aa6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

