Mie, Jepun: Beberapa kejadian mengganggu ketenteraman awam berlaku di seluruh Jepun membabitkan individu menceroboh pondok polis, menjerit dengan kuat atau mencetuskan provokasi terhadap anggota polis sebelum melarikan diri.

The Japan News melaporkan, perbuatan itu dipercayai tercetus akibat pengaruh video yang tular di media sosial.

Pihak polis memandang serius perbuatan berkenaan kerana tindakan menangani gangguan seperti itu boleh melengahkan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Polis menegaskan perbuatan itu tidak boleh dianggap sekadar gurauan dan sudah menahan beberapa individu atas kesalahan menceroboh serta menghalang tugas secara paksa.