Kuala Lumpur: Portal budaya pop tempatan, JUICE, kembali menganjurkan acara tahunan JUICE Best Of 2026 bagi mengiktiraf penggiat seni, jenama dan lokasi tumpuan yang mencorakkan industri hiburan tanah air sepanjang tahun ini.

Bukan sekadar mengukur populariti, acara ini menjadi platform untuk mengangkat bakat baharu, penggiat seni bebas, pereka fesyen serta penggerak industri kreatif yang wajar diberi perhatian.

Ketua Pasukan merangkap Editor JUICE, Ben Liew berkata, inisiatif ini bertujuan meraikan kepelbagaian industri di samping memberi peluang kepada orang ramai memilih individu atau jenama yang layak diiktiraf.

"Setiap tahun pasti ada bakat baharu, acara menarik dan tempat yang menjadi sebahagian daripada kehidupan komuniti tempatan. Ada yang sudah sinonim dengan industri dan ada juga yang baru mula mendapat perhatian.