Nilai: Video tular yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dirakam ditinggalkan ibu bapanya dipercayai berlaku berhampiran Plaza Tol Nilai, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, semalam, mendapat perhatian polis.
Lebih sayu apabila rakaman yang tular memaparkan kanak-kanak itu cuba mengejar kereta dinaiki ibu bapanya dan berpaut pada pintu belakang kenderaan terbabit namun terjatuh ke jalan dan dikatakan mengalami luka di beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu yang tular di media sosial pada jam 11 malam.
"Rakaman video berdurasi kira-kira seminit itu dipercayai dirakam melalui kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain dan kejadian dikatakan berlaku di kawasan Plaza Tol Nilai.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F11%2F19c0141944dc2cff4dbe6a8306988278.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

