Tangkap layar video tular menunjukkan pertengkaran antara seorang lelaki dan wanita di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur semalam.PETALING JAYA: Polis menyiasat kes seorang wanita yang didakwa menyerang dua kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Dang Wangi Ahmad Azwan Amin Nordin berkata laporan pertama dibuat oleh pengurus bangunan pada 7.59 malam semalam susulan tindakan wanita itu yang didakwa mengganggu pengunjung di premis itu.

Katanya, satu lagi laporan dibuat oleh bapa kepada dua kanak-kanak yang mendakwa wanita berkenaan menolak dan memukul anak-anaknya dalam kejadian pada hari yang sama.

"Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta ugutan jenayah," katanya dalam kenyataan.