Polis sahkan kanak-kanak lelaki enam tahun maut lemas di kolam tadahan air berhampiran Taman Sungai Mas, Kulai. Tiada unsur jenayah.
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah kolam tadahan air berhampiran Taman Sungai Mas, Kulai, semalam, akibat lemas.
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata hasil siasatan mendapati, mangsa dipercayai pergi ke kolam berkenaan secara bersendirian untuk memancing, dengan kediamannya terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati ibu bapa mangsa keluar bekerja kira-kira 6.30 pagi, selepas mendapati kanak-kanak itu sedang tidur bersama kakaknya yang berusia 17 tahun.








