Kuala Lumpur: Pengendali skuad Bawah 16 tahun (B-16) negara, Shukor Adan menggesa anak buahnya supaya segera melupakan kekecewaan perlawanan pembukaan dan bangkit dengan semangat baharu menjelang aksi kedua Kelayakan Piala Asia B-17 2027 menentang Singapura, Sabtu ini.
Beliau menegaskan bahawa peluang skuad muda negara untuk memburu tiket mara ke pusingan akhir masih terbuka luas meskipun baru sahaja diuji dengan kekalahan 0-2 kepada Palestin pada aksi pembukaan Kumpulan E, Ahad lalu.
Shukor mengingatkan anak buahnya supaya tidak terus tunduk kepada kekecewaan, sebaliknya menyerap tekanan mental dan mengekalkan fokus tinggi dalam baki perlawanan kumpulan.
"Saya sudah beritahu pemain bahawa peluang untuk layak belum lagi tertutup. Kita harus melupakan apa yang berlaku pada perlawanan pertama dan bangkit untuk aksi seterusnya.










