Kuala Lumpur : Buat pencinta muzik tanah air dan peminat setia kumpulan soul-jazz popular Indonesia, Maliq & D'Essentials, bersedialah untuk hanyut dalam alunan melodi penuh jiwa apabila kumpulan terkenal itu membawakan konsert eksklusif bertajuk Satu Malam Romantis di Kuala Lumpur – A Musical Experience pada 30 Januari depan.
Berlangsung di Jiospace, Petaling Jaya, persembahan istimewa untuk satu malam sahaja ini dibawakan khas oleh YOLO Malaysia. Menampilkan gabungan genre soul, jazz, funk dan pop.
Konsert ini menjanjikan suasana intim yang meraikan muzik, cinta dan kenangan indah bersama insan tersayang.
Peminat bakal disajikan dengan deretan lagu hit malar segar Maliq & D'Essentials seperti Kita Bikin Romantis, Aduh dan Dia, yang pastinya membangkitkan tenaga positif serta memori manis sepanjang malam.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F11%2F19c0141944dc2cff4dbe6a8306988278.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

