Kuala Lumpur: Kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meneliti cadangan memperluaskan kelayakan penerima Skim i-Sayang untuk membolehkan isteri bukan warganegara menerima pindahan caruman daripada suami warganegara Malaysia.
Kementerian Kewangan berkata, cadangan berkenaan memerlukan penelitian menyeluruh bagi memastikan sebarang peluasan kekal selaras dengan tujuan asal i-Sayang serta kerangka dasar simpanan persaraan KWSP.
Menurutnya, kesesuaian pelaksanaannya perlu dikaji dengan teliti termasuk dari segi implikasi terhadap perlindungan dan matlamat simpanan persaraan, perundangan, tadbir urus, operasi serta kemampanan program, sebelum sebarang pertimbangan lanjut dibuat.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F02%2Faf56078cd5b2e00fe6585b30763d4aa6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
