Kuala Lumpur: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan mengarahkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyegerakan penyampaian faedah kepada dua wartawan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Perak pada 25 Oktober lalu.
Beliau berkata, perkara berhubung perlindungan sosial tidak boleh dipandang ringan kerana kebajikan dan bantuan sedemikian perlu sampai secara terus kepada golongan yang betul-betul memerlukannya.
"Saya sudah mengarahkan setiausaha akhbar saya untuk mendapatkan maklumat berhubung caruman PERKESO mereka dan menyegerakan penyampaian faedah PERKESO kepada mereka.
"Bagi saya, perkara seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana perlindungan sosial perlu sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukannya," katanya ketika berucap pada Anugerah Media PERKESO I LINDUNG U 2026, di sini, malam ini.









