GOMBAK: Seorang anggota polis putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak lelaki bersenjatakan parang di sebuah pangsapuri di Desa Amanpuri, Kepong petang tadi.
Anggota berkenaan kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menyambung semula anggota badan berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata anggota berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun itu bertugas di Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata, mangsa turut mengalami beberapa kecederaan pada kepala dan badan pada mulanya dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan awal, sebelum dipindahkan ke HKL bagi menjalani pembedahan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F02%2Faf56078cd5b2e00fe6585b30763d4aa6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

