Kuala Lumpur: Anggota polis dilaporkan cedera parah selepas dipercayai ditetak seorang lelaki dengan senjata tajam di sebuah pangsapuri di Desa Jaya, Kepong, hari ini.
Mangsa dipercayai diserang ketika sepasukan polis menjalankan operasi di sebuah unit pangsapuri berkenaan, namun butiran sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.
Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, seorang lelaki dilihat menyerang individu dipercayai anggota polis menggunakan dua bilah parang, dengan mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius pada tangan kanan.
Bagaimanapun, media sedang mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada polis berhubung kejadian itu, termasuk keadaan mangsa serta identiti suspek.








