BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki berusia 43 tahun cedera selepas disamun sekumpulan empat individu yang dipercayai menggunakan objek besi tajam dalam kejadian di susur masuk sebuah stesen minyak di Jalan Samagagah di sini pada Selasa.Kumpulan yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita disyaki warga asing dari Asia Tengah itu turut melarikan barangan peribadi mangsa sehingga menyebabkan kerugian dianggarkan RM10,000.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, SelasaMenurutnya, kumpulan suspek dipercayai menggunakan modus operandi meminta sumbangan wang daripada orang awam yang berada di kawasan stesen minyak sebelum bertindak melakukan jenayah samun."Dalam kejadian tersebut, suspek dipercayai bertindak agresif dan menggunakan objek besi tajam sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan sebelum melarikan barangan peribadi miliknya."Anggaran kerugian keseluruhan akibat kejadian itu adalah sebanyak RM10,000," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Marsila Hamzah menerusi talian 019-472 5217 bagi membantu siasatan.Dalam pada itu, Nik Aminuddin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan taktik sedemikian."Sekiranya berhadapan situasi mencurigakan atau ancaman seumpama itu, orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan bantuan dan perlindungan di stesen minyak yang merupakan rakan strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi program Go To Safety Point (GTSP)."Pemilik dan pengusaha stesen minyak juga diminta supaya sentiasa peka terhadap kegiatan seumpama itu serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan."Orang ramai yang melihat atau berhadapan situasi sedemikian diminta segera menghubungi Bilik Gerakan CCC Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang menerusi talian 04-222 1722 atau 04-269 1999 atau membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.
Lelaki rugi RM10,000 diserang empat warga asing di stesen minyak

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 43 tahun cedera dan kerugian RM10,000 selepas disamun empat individu di stesen minyak.
- Empat individu dipercayai warga asing dari Asia Tengah terlibat dalam kejadian samun.
- Suspek menggunakan objek besi tajam dan melarikan barangan peribadi mangsa.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Empat lelaki tempatan didakwa bakar rumah didiami warga Rohingya
- Utusan Malaysia Lelaki didakwa bawa empat warga China tanpa izin
- Sinar Harian Lelaki rugi RM10,000 diserang empat warga asing di stesen minyak (this story)








