KUALA LUMPUR: SP Setia Bhd (SP Setia) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM32.61 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2026, menyusut berbanding RM68.03 juta pada tahun sebelumnya.

Pendapatan pula merosot kepada RM672.55 juta berbanding RM872.25 juta pada suku yang sama tahun lalu, berikutan penukaran jualan yang lebih perlahan dalam projek domestik dan ketiadaan penjualan tanah.

Menurut pemaju hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, penurunan itu juga menunjukkan asas perolehan yang lebih tinggi pada suku yang sama tahun lalu, apabila lebih banyak projek berjaya disiapkan.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir pada 30 September 2026, keuntungan bersih kumpulan itu merosot kepada RM161.79 juta berbanding RM234.85 juta pada tahun sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh penukaran jualan yang lebih perlahan dalam projek domestik dan pengurangan penjualan tanah.