MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin kemelut yang melanda Negeri Sembilan ketika ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Presiden UMNO itu berkata penyelesaian diharapkan dapat dicapai menerusi semangat kebersamaan dalam kalangan pihak berkaitan, yang sebelum ini turut membolehkan pembentukan kerajaan negeri berkenaan.
"Saya yakin apa pun permasalahan yang sedang melanda kita di Negeri Sembilan, kita berdoa telah sampai ke penghujungnya... insya-Allah, masalah di Negeri Sembilan akan terselesai dalam waktu yang terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) dan BN di sini hari ini.









