Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata beliau percaya kemelut di Negeri Sembilan akan selesai dalam masa terdekat.TANGGA BATU: Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi percaya kemelut di Negeri Sembilan akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat, ketika timbul persoalan mengenai sidang DUN yang dijadualkan pada 26 November.
Zahid yang juga presiden Umno berkata partinya sedang berusaha menyelesaikan kemelut itu, bersama Menteri Besar Ismail yang dilaporkan berusaha mendapatkan perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi merasmikan persidangan.
Belanjawan Negeri Sembilan dijadualkan dibentang pada 27 Nov, menurut laporan.
"Saya yakin bahawa jika kita mencari jalan penyelesaian maka kita akan bertemu dengan titik pertemuan dan kebersamaan untuk kita menjadikan Negeri Sembilan itu ditadbir dengan baik," katanya kepada pemberita selepas ceramah Barisan Nasional-Perikatan Nasional sempena PRN Melaka.





