Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata, kerajaan masih miliki sokongan majoriti dan seharusnya fokus pada isu-isu mendesak seperti kenaikan kos sara hidup dan reformasi institusi.PETALING JAYA: Parlimen tidak wajar dibubarkan semata-mata kerana timbul desakan merombak Jemaah Menteri, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Fuziah yang juga setiausaha agung PKR berkata, kerajaan masih memiliki sokongan majoriti dan seharusnya fokus pada isu-isu mendesak seperti menangani kenaikan kos sara hidup, menjana peluang pekerjaan serta meneruskan reformasi institusi.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi semalam bahawa pembubaran Parlimen ialah langkah yang lebih baik berbanding rombakan Jemaah Menteri bagi membolehkan kerajaan memperoleh mandat baharu.




