Menteri Besar Kedah Sanusi Nor kata beliau tidak ada terima arahan daripada kepimpinan tertinggi PN supaya ambil tindakan seperti Kelantan.PETALING JAYA: Dua ahli Bersatu yang menganggotai majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Kedah akan dikekalkan, menurut Menteri Besar Sanusi Nor.

Beliau berkata kerajaan Kedah tidak mempunyai keperluan untuk merombak barisan exco, walaupun kerajaan Kelantan yang juga ditadbir Perikatan Nasional (PN) tidak menyambut pelantikan dua ahli Bersatu dalam MMKN.

Sanusi berkata barisan exco sedia ada akan dikekalkan kerana tiada sebarang masalah yang memerlukan perubahan dilakukan pada ketika ini.

"Mungkin ada keperluan di sana (Kelantan), namun di sini (Kedah) tak ada keperluan untuk rombak barisan exco.