Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong, berkata orang ramai menyuarakan rasa kecewa berhubung tindakan Umno menjelaskan denda RM50 juta Najib Razak ketika siri turun padangnya sejak dua hari lalu.MELAKA: Keputusan Umno membayar denda RM50 juta bagi membolehkan bekas perdana menteri, Najib Razak, menjalani tahanan rumah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Melaka, kata Ketua DAP negeri Khoo Poay Tiong.
Bekas presiden Umno itu dibenar menjalani tahanan rumah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Umno menjelaskan denda RM50 juta menggunakan dana dikumpul menerusi kempen derma dilancarkan pada September.
Khoo, yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, berkata orang ramai daripada pelbagai latar belakang menyuarakan rasa tidak puas hati dan kecewa berhubung perkara itu ketika beliau turun padang, sejak dua hari lalu.





