Penasihat DAP Lim Guan Eng kata dua pemimpin tertinggi Umno bercanggah pendapat mengenai isu Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai menteri pengangkutan.MALIM: Penasihat DAP Lim Guan Eng malam tadi mendakwa Umno membuat pusingan U berkait peletakan jawatan Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan.

Lim berkata Umno 'penuh dengan percanggahan', menarik perhatian kepada tindakan Presiden Zahid Hamidi yang memuji Loke, setiausaha agung DAP, dengan mengambarkan beliau sebagai seseorang yang 'berprinsip' kerana memegang janji untuk meletakkan jawatan.

"Tetapi hari ini, terdapat pusingan 180 darjah oleh Umno yang kini mendakwa (peletakan jawatan Loke) sebagai tidak menghormati kuasa raja (untuk memberi pengampunan)," katanya pada ceramah, merujuk kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.