Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak meningkat kepada 1,435 orang daripada 406 keluarga yang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 10 malam ini.
Angka itu meningkat berbanding 1,359 mangsa banjir daripada 391 keluarga ditempatkan di lapan PPS di dua negeri berkenaan, yang direkodkan pada jam 4.30 petang tadi.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangor kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,133 orang membabitkan 319 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS di daerah Kuala Selangor.
Perak pula merekodkan 302 mangsa daripada 87 keluarga yang ditempatkan di dua PSS di Hilir Perak.









