KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis parah dipercayai ditetak seorang lelaki dengan senjata tajam di sebuah pangsapuri di Desa Jaya, Kepong, hari ini.
Mangsa dipercayai diserang ketika sepasukan polis menjalankan operasi di sebuah unit pangsapuri berkenaan, namun butiran sebenar kejadian belum dapat dipastikan.
Berdasarkan rakaman video tular di media sosial, seorang lelaki dilihat menyerang individu dipercayai anggota polis menggunakan dua bilah parang, dengan mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius pada tangan kanan.
Media sedang mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada polis berhubung kejadian itu, termasuk keadaan mangsa serta identiti suspek.









