PETALING JAYA – Kejadian seorang anggota polis dipercayai ditetak menggunakan parang di sebuah pangsapuri di Desa Jaya, Kepong, di sini hari ini mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai s4mnthaa berkata, dia tertanya-tanya mengenai bunyi siren kereta polis yang didengarinya sebelum mengetahui kejadian berkenaan.
Seorang lagi pengguna, its_licca79 mendakwa kawasan berkenaan sering berlaku pergaduhan sebelum ini.
“Kawasan sini memang selalu ada masalah. Hari-hari gaduh dulu pasal main bola punya di padang Taman Wangsa Permai, tetapi sekarang padang itu dah jadi taman, kuranglah sudah. Tetapi makin bahaya pula sekarang sampai tetak orang,” komennya.










