PETALING JAYA – Penyanyi Nubhan mendedahkan kediamannya didatangi individu dipercayai pengutip hutang yang didakwa sedang mencari bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nubhan, 40, menegaskan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya keselamatan dirinya, anak-anak dan keluarga terancam.
“Memandangkan kedatangan pengutip hutang tersebut bertujuan mencari bekas isteri, saya mohon jasa baik agar anak-anak, keluarga dan diri saya tidak dilibatkan dalam isu ini.
“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang demi keselamatan anak-anak dan keluarga saya,” katanya.









