IPOH: Polis merampas 48 unit mesin perlombongan mata wang kripto (bitcoin) dalam operasi ke atas sebuah kediaman di Seri Iskandar, semalam.

Premis berkenaan disyaki terbabit aktiviti perlombongan itu dengan penyambungan wayar elektrik secara haram.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, berkata serbuan itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, dengan kerjasama pasukan jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Selain itu, dua unit fast ethernet switch, satu unit router Internet, dan satu gulung wayar kabel elektrik yang telah dipotong, turut dirampas.