Timbul perdebatan apabila kes buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah berasrama kebelakangan ini dikaitkan dengan pengaruh drama dan filem tempatan yang mengangkat isu buli dan disiplin kalangan pelajar.

Ada pihak menyokong pandangan berkenaan dan sudah tentu kalangan penggiat industri kreatif menyanggah 'tuduhan' berkenaan dengan alasan kerana kejadian buli juga berlaku atas faktor lain.

Situasi ini mula berubah apabila ada kes kematian selain kecederaan fizikal yang menyebabkan banyak pihak mula menuding terhadap drama atau filem yang menampilkan isu buli kerana didakwa membawa sisi buruk.

Banyak pihak menyifatkan naskhah ini memberi impak negatif terhadap pembentukan sahsiah dan tingkah laku pelajar.