SELEPAS lebih sedekad membuktikan penguasaan sebagai program realiti paling dominan di kaca televisyen tempatan, Gegar Vaganza (GV) kini kembali menyengat menerusi penganjuran musim ke-13 dengan membawakan satu kelainan luar biasa.
Jika pada musim-musim lalu pentas GV mempertemukan pelbagai bintang lagenda daripada pelbagai latar belakang dan syarikat rakaman, edisi kali ini hadir dengan formula magis yang pastinya merobek perasaan nostalgia peminat setia muzik tanah air.
Musim ke-13 ini menyaksikan sebuah pertembungan epik membabitkan barisan alumni program realiti, Akademi Fantasia (AF), yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa suatu masa dahulu, sekali gus seperri menularkan semula demam AF yang barangkali sudah ‘pupus’.










