LONDON: Murid di England akan dilarang membawa telefon bimbit sepanjang waktu persekolahan di bawah garis panduan kerajaan yang lebih ketat dan dijadualkan berkuat kuasa mulai September 2027, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Garis panduan yang disemak semula itu akan melangkaui dasar sedia ada iaitu "tidak kelihatan, tidak kedengaran" yang membenarkan murid menyimpan telefon bimbit di dalam beg selagi peranti itu tidak dilihat atau didengar.

Setiausaha Pendidikan, Lucy Powell, memberitahu BBC bahawa "mesej jelas" kerajaan kepada ibu bapa dan murid ialah "sekolah adalah tempat untuk belajar dan menjalin persahabatan, bukannya melayari telefon tanpa henti."

Kerajaan berkata, akses kepada telefon bimbit "berisiko mengalihkan perhatian kanak-kanak daripada pembelajaran dan interaksi sesama mereka."