HAMPIR dua dekad ditunggu, Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical 2026 dipentaskan semula sekali gus mengembalikan karya ikonik yang pernah mencetuskan fenomena dalam industri teater tanah air.

Pementasan arahan Puan Sri Tiara Jacquelina itu membuka tirai di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square, Bandar Sunway bermula 31 Oktober lalu selepas kira-kira tiga bulan persiapan.

Tiara berkata, keputusan mengembalikan PGL The Musical 2026 selepas 18 tahun susulan permintaan peminat yang mahu karya itu dipersembahkan semula sekali gus membuktikan ia amat dekat di hati penonton.

"Ini adalah perjalanan yang mengambil masa 18 tahun untuk direalisasikan. Sejak persembahan pentas terakhir kami pada 2009, orang ramai tidak pernah berhenti bertanya bila PGL akan dipentaskan semula.