SOFIA: Sekurang-kurang 11 maut dan 48 lagi cedera dalam dua nahas membabitkan puluhan kenderaan di Lebuh Raya Trakia berhampiran Yambol, tenggara Bulgaria, pagi semalam, lapor Xinhua.

"Setakat ini (setakat berita ini ditulis), 11 orang maut dan 48 cedera," kata Perdana Menteri Bulgaria, Rumen Radev, di Varna pada satu taklimat bersama Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen yang sedang mengadakan lawatan ke Bulgaria.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Bulgaria, Kaloyan Kaloyanov, pada sidang media kemudian di lokasi kejadian pula berkata, 10 mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Beliau berkata, satu daripada nahas itu berlaku di laluan menghala ke Burgas, manakala satu lagi di laluan menghala ke Sofia.