PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempersoalkan keperluan parti itu membela diri daripada sebarang tindakan tatatertib Perikatan Nasional (PN) sedangkan Bersatu bukan pihak yang melakukan kesalahan.
Beliau sebaliknya mempersoalkan tindakan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN yang didakwa lebih awal mengetepikan Bersatu daripada urusan gabungan itu, termasuk tidak memanggil wakil parti menghadiri mesyuarat.
Menurutnya, tindakan PN terhadap Bersatu bukan perkara baharu kerana hubungan kedua-dua parti mula renggang sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
“Dia nak suruh kami bela diri daripada apa? Bukan kami yang buat kesalahan. Orang yang buat kesalahan patut bela diri. “Kami patut tanya pengerusi dan setiausaha agung apa yang mereka boleh katakan untuk membela diri,” katanya kepada Utusan Malaysia.










