MELAKA: Keperluan bantuan sara hidup untuk warga emas dan penyediaan rumah kepada golongan muda antara aduan yang sering diterima calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood.

Beliau berkata, kebanyakan warga emas memerlukan bantuan kewangan bulanan bagi menampung perbelanjaan harian termasuk membeli ubat-ubatan, susu dan lampin pakai buang, terutama mereka yang tinggal bersama anak-anak tetapi tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga.

Katanya, terdapat warga emas yang lebih selesa mempunyai sumber kewangan sendiri bagi memenuhi keperluan peribadi tanpa perlu meminta wang daripada anak atau menantu masing-masing.

“Dia (warga emas) nak bantuan bulanan untuk dia teruskan kehidupan sebab kadang-kadang ada ibu bapa, anak dia tak mampu untuk tanggung dia. Dia nak beli ubat, nak beli susu, dia segan nak minta anak dia, jadi dia nak pakai duit dia sendiri.