Madrid: Bekas pemain tengah Paris Saint Germain (PSG) dan West Bromwich Albion, Youssouf Mulumbu, meramalkan bintang Real Madrid, Kylian Mbappe, akan menyertai Liverpool sekiranya dia mengambil keputusan meninggalkan Sepanyol.
Liverpool sememangnya sudah lama dikaitkan dengan minat mendapatkan penyerang Perancis itu, sebelum dia mencipta nama di Paris lagi.
Hubungan Liverpool dengan Mbappe bermula ketika pemain itu bersama Monaco, dengan bekas pengendali kelab, Jurgen Klopp, memainkan peranan besar dalam usaha mendapatkan khidmatnya.
Bekas pengendali Liverpool itu pernah mendedahkan secara terperinci usaha kelab berkenaan untuk meyakinkan Mbappe menyertai Anfield, termasuk menghantar pesawat peribadi untuk membawa pemain itu bersama keluarganya serta menyediakan layanan istimewa dari segi makanan ketika membentangkan tawaran.









