PETALING JAYA: Kampung Melayu Subang sekali lagi dilanda banjir susulan hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di Jalan Merbau dekat sini dinaiki air pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pemantauan banjir sedang dijalankan di kawasan di Jalan Merbau, Kampung Melayu Subang bagi menilai keadaan semasa.

“Pemantauan itu dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bermula pukul 8.02 pagi ini.

“Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai paras air dan jumlah penduduk yang terjejas setakat ini,” katanya.